1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Betul ke Ikan keli makanan paling kotor di dunia

Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut.

Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.

Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.

"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.

Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.

"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.

2 comments:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda