1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Cara Menghindari Mabuk Laut

Walaupun anda kerap ke laut.....situasi mabuk laut tetap boleh terjadi kepada anda.
Mungkin yang kerap turun ke laut dia dapat mengawal dari terjadinya Mabuk Laut.
Yang belum pernah turun ke laut dan berhajat untuk turun ke laut....anda berkemungkinan besar
mendapat Mabuk Laut.

Disini diberi beberapa panduan untuk menghindari dari terjadinya mabuk laut.
Dan tips ini tidak menjanjikan 100% keberkesanannya terhadap anda. Hanya  ikhtiar.

Tips untuk menghindari dari terjadinya mabuk laut :-


Tips 1:  Tampal koyok....ni yang biasa. Mungkin ada logiknya sebab mabuk laut ada kaitan dengan pening-pening dan sakit kepala:

Tips 2:  Ada yang suruh makan sebiji dua pisang mentah yang kelat. Pastikan yang dah masak ok !

Tips 3:  Ni nampak kelakar tapi ada logiknya....letak beberapa biji lada hitam di dalam lubang pusat anda. Kemudian pusat anda ditutup dengan plaster. Logiknya lada hitam tu untuk keluarkan angin.

Tips 3: Minum beberapa teguk air laut atau mandi laut . Saya rasa tips ini logiknya untuk mengalih perhatian kita supaya tidak terlalu memikirkan tentang mabuk laut.

Tips 4:  Bawa bersama buah limau nipis. Makan sedikit kulitnya dan hidu baunya.
Rasanya yang masam dan baunya yang segar mampu menghilangkan rasa loya-loya.

 Tips 5: Ada yang suruh selit sayur kangkung kat pinggang atau simpan dalam poket seluar.
Tips ini tak nampak mana logiknya tetapi lebih kepada mengalihkan perhatian kita dari memikirkan tentang mabuk laut.

Tips 6: Makan keledek mentah. Logiknya ia ada kaitan dengan 'angin' dalam badan yang menjadi salah satu punca mabuk laut.

Tips 7: Gigit batang cengkih. Boleh cuba ada logik jugak.

Tips 8: Tumbuk lada hitam dan halia bara: Sapu kat perut dan sekitar pusat. Mungkin kulit perut anda terasa sikit kepanasan.

Tips 9: Minum air berkarbonat yang dicampur dengan perahan limau nipis atau campur dengan asam boi. Yang ini boleh cuba !

Tips 10: Yang ini boleh cuba ikhtiar. Makan 3 sudu madu dengan secubit garam. Logiknya madu penawar segala penyakit.

Tips yang saya selalu saya guna dan terbukti berkesan adalah mengambil ubat tahan muntah
Ambil masa nak tidur sekali dan 2 jam sebelum turun ke laut. In Sha Allah berkesan.
Yang saya biasa guna ubat tahan muntah adalah jenis Novamin. Kat farmasi ada,


Sekiranya anda ada petua yang dapat dikongsi bersama silalah share disini.......

1 comment:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda