1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kenali Udang Ketak



Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Udang lubuk mempunyai badan leper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in), atau panjang karapas 8 cm (3.1 in).

Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah.



Conservation status
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Subfilum: Krustasea
Kelas: Malacostraca
Order: Decapoda
Keluarga: Scyllaridae
Subkeluarga: Theninae
Holthuis, 1985
Genus: Thenus
Leach, 1815
Spesies: T. orientalis
Nama binomial
Thenus orientalis



Dalam tahun 80 -90an Udang Lipan amat murah.  Selonggok baru RM 1.00 tu pun payah nak laku.  Udang ini Selalunya direbus jerrr...kalau buah kuah mee memang best.  Itu sajalah cara nak menikmatinya..tu pun jenuh begelut dengan ketajaman kulit2 nya.  Sekarang harganya sudah mencapai RM 7.00 - 8.00 sekilo semenjak itu dah ramai yang tahu cara memakannya.

Mari kita lihat cara menyiang udang ketak ini....

1. Buang segala jenis-jenis kulit2nya yang tajam kat kiri kanan dan belakang udang ketak tersebut.

2. Paling mudah ambil gunting dan gunting semua kulit-kulitnya yang tajam terkeluar.




3.  Jangan lupa Gunting juga bahagian sepit dan hujungnya.

4.Setelah digunting semua yang tajam-tajam tu, badannya akan kelihatan sama.



5.Apa lagi basuhlah...Nak hilangkan hanyirnya; siraman air yg kedua masukkan garam kasar atau biasa..masuk air sedikit..gaulkan dengan menggunakan sudip...takde lah kulit2nya menyucuk tangan. Masukkan sedikit saja garam...jgn byk nanti dah goreng akan jadi masin.  Sedikit garam..serbuk kunyit macam biasa.  Sedia untuk digoreng.


6.Jangan goreng terlalu lama ..nanti isinya akan kering dan jangan sekejap sangat nanti isinya lembik...sedang2..nampak kulit macam garing jerr angkat.  Lebih kurang macam goreng ketam .

7. Memang terangkat rasanya !!! seperti ketam pun ada....mesti cuba baru tahu.
 CONTOH RESEPI UDANG KETAK


BBQ/Grilled Udang Ketak
 
Bahan-bahan
3 ekor udang ketak
Garam
Serbuk Lada Hitam
Minyak zaitun
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara-cara
1. Belah udang kepada 2 bahagian.
2. Taburkan garam & lada hitam ke atasnya. Ratakan.
3. Curahkan minyak zaitun & jus limau nipis.
4. Bakar/grill hingga masak.


UDANG GERTAK GORENG

Bahan2
1 kg Udang Gertak
5 ulas bawang putih
1 incu halia
4 sudu tepung gandum (nak bagi garing n rangup)
garam
serbuk kunyit
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara2 Memasak
1. Siang dan basuh udang gertak. ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia
3. Gaulkan udang garan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. taburkan tepung gandum. gaul kan.
4. goreng dalam minyak tenggelam hingga garing


UDANG KETAK CILI


Bahan-Bahan
Secukup rasa Gula
5 g Halia
1 sudu kecil Serbuk lada putih
1 sudu kecil Sos cili
1 sudu kecil Kicap cair
1 sudu kecil Sos tiram
1 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Minyak bijan
300g Isi udang ketak
1 biji Bawang besar
1 sudu kecil Bawang putih kisar
1 batang Daun sup
3 batang Daun bawang
15g Tepung jagung
1 biji Telur
50ml Air
Secukupnya Minyak goreng

Cara Cara
1. Campur isi udang ketak dengan gula, serbuk lada putih dan kicap cair. Dadarkan telur dan campurkan setengah. Masukkan minyak bijan dan tepung jagung. Gaul rata dan goreng. Angkat dan toskan.
2. Tumis cili kering, halia, bawang putih dan sos tiram. Masukkan air sedikit. Tambah gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar, sos cili, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga sebati.
3. Campurkan udang ketak yang sudah digoreng. Gaul rata.


Udang Gertak Vana-vana

Sumber: Majalah Jelita Januari 1987

Bahan-Bahan:
1 ekor udang geretak (lobster)
10 gm lobak merah
10 gm daun saderi
10 gm bawang merah
10 gm cili sayur
10 gm tomato
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit serbuk, krim dan air rebusan ikan

Cara:
Keluarkan isi udang gertak. Sayur-sayuran dipotong memanjang. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan sayur-sayuran, kunyit dan isi udang gertak. Bubuh sedikit air rebusan ikan. Bila mendidih, bubuh krim dan serbuk perasa. Angkat.


Udang Ketak masak kunyit



caranya sama cam masak kunyit lain. udang tu buang kaki kepala .. pastu gaul garam kunyit. then tumis bawang putih, merah, cili merah .. pastu masuk udang.


-goreng kunyit pastu tambah cili api sket...sedap..
-buat kuah mee sup..buatlah macam sup udang...pas tu tuang jer kat mee..daging dia memang sikit kalau digoreng,kalau di rebus cam buat sup tu ..terasa macam ketam plak..
-kalau malas ,goreng pakai minyak sikit campur garam kunyit jer...


Udang kETAK Masak Serai

Bahan-Bahan:
1 kg udang lipan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping

Cara:
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak.
 



LAPORANG UDANG KETAK DALAM HARIAN METRO


KUANTAN: Keunikan persekitaran Kampung Kurnia, di sini, berkongsi tempat tinggal dengan udang ketak mengundang pemandangan agak menarik bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke perkampungan berkenaan.



Tinjauan Harian Metro di perkampungan berkenaan mendapati, setiap rumah didirikan berhampiran tebing sungai itu mengundang kehadiran ribuan udang berkenaan yang membuat sarang seperti busut menggunakan tanah serta selut.





Ada antara sarang udang ketak atau turut dikenali dengan nama udang mentadak atau udang lipan itu mempunyai ketinggian hampir satu meter.



Mungkin ada pihak hairan dengan keadaan itu, tetapi bagi warga perkampungan berkenaan terletak lima kilometer dari bandar Kuantan, ia sesuatu yang biasa kerana kehadiran beribu-ribu udang ketak membuat sarang di tanah milik penduduk berlaku sejak puluhan tahun lalu.





Udang ketak atau nama saintifiknya hemisquilla ensigera lazimnya digunakan penduduk kampung bagi mengubati pelbagai jenis penyakit terutama lelah dan ia dibakar hingga hangus sebelum cengkerangnya dibuang bagi mendapatkan isinya.





Penduduk, Zulkifli Abdullah, 39, berkata, dia sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak kisah berkongsi tanah dengan udang berkenaan.



“Selagi udang itu tidak mengganggu kehidupan kami, selagi itulah saya biarkan saja kerana untuk membuang semua sarang ini, saya rasa ia mustahil.





“Udang ketak jarang menonjolkan diri. Hasil pemerhatian saya, udang ini menghabiskan sebahagian besar hayatnya dengan berlindung dalam sarang dan lubang yang dibina,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/07
 





4 comments:

  1. ni udang lipan..udang ketak yg gmbr no. 3..kebanyakan orang panggil udang ketak ngn udang lipan sama tp sbnrnya lain spesis..sama jugak mcm pari,orang bandar atau orang yg xbiase pasal hidupan laut semua yg bentuk pari tu diorg panggil pari,padahal kalau yg kecik tu sebenarnya tuke bukan pari..just info sahaja

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn komen atas

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas informasinya ;)

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu ada tak penternak udang lipan ni di Malaysia? Kalau ada boleh saya tahu di mana dengan detail

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda